Wednesday, November 25, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
10 ZULHIJJAH 1426 HIJRAH


'KITA TIDAK MERANCANG UNTUK GAGAL, TAPI GAGAL UNTUK MERANCANG'




Wednesday, November 11, 2009

Asshole & Shit





Hmmmmm..... terfikir dan memikir....

Penyokong Bola Sepak Kelantan

'Gomo Kelate Gomo'... itulah sepanduk yang sentiasa dilaungkan oleh penyokong bolasepak Kelantan. Imlan Abadi dari Berita Harian menulis bahawa istilah 'gomo' dalam loghat Kelantan bermaksud lawan, belasah, pukul habis, tendang, cekik, terajang, tumbuk dan apa saja yang memberi isyarat tindakan kasar dan liar. Katanya lagi itulah kesudahan perlawanan dengan adanya mercun yang meletup, kerusi dibakar dan botol dibaling ke tengah padang.

Menurutnya, kajian John Locke pada abad ke-17 amat jelas menghuraikan doktrin perlambangan yang wujud betapa setiap ungkapan dan penulisan mempunyai isyarat tersendiri. Ilmu perlambangan turut mendapat reaksi baik daripada ahli linguistik Eropah, Ferdinand de Saussure dan ahli falsafah Amerika pada abad ke-19, Charles Sander Pierce yang mengakui tingkah laku dan warna juga boleh memberi isyarat tertentu.

Justeru itu katanya, slogan 'Gomo Klate Gomo' bukan sekadar perlambangan mercun dibakar, botol terbang ke padang bola dan kerusi dibakar, malah ia lambang kerakusan manusia moden dalam mengejar nafsu.

Kerugian yang ditanggung oleh Stadium Nasional Bukit Jalil gara-gara tindakan liar penyokong bola sepak Kelantan ketika perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu adalah berjumlah RM214,000 menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang membabitkan kerosakan itu membabitkan 224 kerusi yang menyebabkan kerugian berjumlah RM112,000, tiga laluan trek yang membabitkan belanja RM60,000 serta pintu pagar untuk Orang Kurang Upaya (OKU), pintu pagar dan tandas. Kata beliau "Kita nak ingatkan kepada penyokong duit yang digunakan membina Stadium Nasional adalah duit rakyat juga. Kalau kita kena baiki, duit ini datangnya daripada duit rakyat".

Bagaimanapun, Ahmad Shabery tidak menafikan kehadiran penyokong Kelantan ke Stadium Nasional adalah sesuatu yang 'menakjubkan' dan berjaya menimbulkan kembali keghairahan orang ramai terhadap sukan bola sepak negara. "Tahniah kepada penyokong Kelantan yang memberi suasana atau pengisian baru dalam arena bola sepak negara dan menimbulkan kembali keghairahan orang ramai terhadap bola sepak negara," katanya.

Banyak juga ulasan dan alasan yang dilontarkan oleh pengulas samada yang bertauliah atau tidak - faktor hujan lebat yang menjadi titik tolak kerosakan pintu pagar stadium kerana penyokong yang datang awal tiada tempat berteduh, tiada pemeriksaan keselamatan kepada beg-beg yang dibawa menyebabkan mercun, botol air dsb lolos.

Ayuh rakyat Kelantan... kita bangkit dari dimalukan dan dianaktiri begini. Rakyat Kelantan adalah rakyat Malaysia yang dicemburui oleh segenap rakyat negeri lain dalam Malaysia. Rakyat Kelantan adalah contoh tokoh-tokoh agama yang cemerlang, bussinessman yang berjaya, penjawat awam yang patuh dan rajin dalam semua kementerian, pekerja-pekerja yang rajin dan berdedikasi dalam sektor swasta.... anggaplah anda adalah ikon bagi rakyat Malaysia yang berjaya.

Ayuh rakyat Kelantan... berilah bimbingan kepada golongan yang kurang terbuka fikirannya dari melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah rakyat Kelantan. Bukannya hebat jika menjadi penyokong yang memprovok pemain dan penyokong lain dengan perkataan 'chah keting', 'gocoh', 'bodo', 'nate beruk', 'nate babi' dll.

Kita ada agenda yang lebih besar dari ini..... ayuh bangkit dan kuasai dunia ini.... ditekan rakyat Kelantan semakin kuat dan hebat...

p/s: sebab tu la saya suka tengok tennis, penonton hanya tepuk dan bersorak bila pemain dapat mata je.... he..he..

Friday, November 6, 2009

Piala Malaysia 2009


KELANTAN LAWAN NEGERI SEMBILAN

Kelantan layak ke final Piala Malaysia 2009 selepas 39 tahun tanpa kelibat. Dengar khabar tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini telah pun habis dijual. Sebanyak 85,000 keping tiket dengan Kelantan telah menempah 30,000 keping manakala 20,000 telah ditempah Negeri Sembilan.
Tahniah 'Wira Merah' moga membawa pulang piala kebanggaan tersebut ke negeri Serambi Mekah. Inilah masanya.... Bermain dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi... Hindarkan emosi dan sentiasa fokus. Pasukan dan penyokong Kelantan memang unik.
GOMO KELATE GOMO....