Tuesday, November 16, 2010

Kapal dan Lanun

Sekali lagi ZI ingin meninggalkan kapalnya, kalau dulu Ameno dengan meletak jawatan sebagai pembesar kini PikayAr ketika ingin merebut jawatan Timbalan Nakhoda. Jika dulu ZI keluar kapal kerana tidak bersetuju dengan bilik kurung tanpa bicara, kini beliau keluar kerana tidak setuju dengan isu pemilihan dalam kapal. Beliau dicanang sebagai seorang yang berperinsip ketika meninggalkan Ameno. Namun masihkah prinsip itu tersisa kini?.

Jika anda dalam sebuah kapal yang besar mengharungi sebuah lautan membadai, iltizam dan istiqamah sebagai kelasi kapal dan mungkin bakal pengganti nakhoda kelak adalah amat diperlukan. Apakah langkah membakar bilik injin kapal disebabkan ketidakpuasan hati kepada sesuatu isu merupakan tindakan bijak?. Adakah dengan merosakkan kapal dan memberi peluang kepada lanun-lanun menyerang kerana nakhoda dan para kelasi sibuk berbalah dan membaiki kerosakan adalah tindakan berbaloi?. Kecualilah jika dia adalah ajen yang berjaya menyeludup masuk dan seterusnya mengucar-kacirkan pasukan. Seterusnya mengambil (baca mencuri) perahu penyelamat di dalam kapal tersebut dan menculik beberapa penjawat menyertai beliau dengan menyatakan kapal ingin tenggelam.

Siluncai terjun dengan labu-labunya...biarkan
Siluncai terjun dengan labu-labunya...biarkan

Tuesday, November 9, 2010

Timbalan Menteri Dan AUKU

Program 'Kerusi Panas' Bernama Radio 24 semalam (9/11/2010) berkisar kepada AUKU dan kematangan mahasiswa dalam berpolitik. Beberapa kenyataan menarik dari tetamu undangan iaitu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifudin Abdullah ketika ditemubual oleh Zulkifli Bujang, di antaranya:-
  • Kerajaan tidak bercadang menghapuskan AUKU tetapi bersedia membuat pindaan supaya memberi ruang kepada mahasiswa berpolitik.
  • Pada pandangan beliau, mahasiswa seharusnya dibenarkan berpolitik kerana mereka merupakan antara pelajar bijak yang mendapat tempat di IPT. Jika pelajar yang tercicir dan tidak meneruskan pengajian selepas SPM boleh secara bebas berpolitik, mengapa tidak bagi mahasiswa yang umumnya dikatakan bakal pemimpin negara.
  • Pihak pentadbir universiti adalah punca sebenarnya mengapa sudut pidato di sesetengah IPT tidak mendapat sambutan. Dikatakan ada pihak pentadbir IPT meminta mahasiswa yang ingin berpidato menghantar teks ucapan untuk semakan dan juga litar CCTV diletakkan di kawasan tersebut.
  • Had umur layak mengundi yang disarankan beliau adalah 18 tahun berbanding sekarang 21 tahun. Hanya lebih kurang 20 negara di dunia termasuk negara kita yang masih membenarkan had mengundi pada usia 21 tahun dimana kebanyakannya negara yang mempunyai taraf kemunduran yang jauh kurang dari kita. Kata beliau, negara kita sepatutnya bermain di liga yang lebih tinggi.
  • Mahasiswa mempunyai kematangan yang sepatutnya dalam berpolitik. Jika kematangan menjadi ukuran, dimana seharusnya garis kematangan itu dicapai. Kata beliau, belum tentu dirinya dan pengacara mancapai taraf kematangan seperti semua khalayak maksudkan.
Impian negara maju 2020 hanyalah kurang 10 tahun dari sekarang maka masanya telah tiba untuk memberi asuhan dan pengalaman awal kepada bakal pemimpin negara. Tidak kira parti mana yang akan memerintah negara pada masa hadapan, watak pemimpin dan yang dipimpin haruslah memenuhi aspirasi rakyat dan berdiri teguh mempertahan kedaulatan negara berlandaskan tuntutan agama.