- Kerajaan tidak bercadang menghapuskan AUKU tetapi bersedia membuat pindaan supaya memberi ruang kepada mahasiswa berpolitik.
- Pada pandangan beliau, mahasiswa seharusnya dibenarkan berpolitik kerana mereka merupakan antara pelajar bijak yang mendapat tempat di IPT. Jika pelajar yang tercicir dan tidak meneruskan pengajian selepas SPM boleh secara bebas berpolitik, mengapa tidak bagi mahasiswa yang umumnya dikatakan bakal pemimpin negara.
- Pihak pentadbir universiti adalah punca sebenarnya mengapa sudut pidato di sesetengah IPT tidak mendapat sambutan. Dikatakan ada pihak pentadbir IPT meminta mahasiswa yang ingin berpidato menghantar teks ucapan untuk semakan dan juga litar CCTV diletakkan di kawasan tersebut.
- Had umur layak mengundi yang disarankan beliau adalah 18 tahun berbanding sekarang 21 tahun. Hanya lebih kurang 20 negara di dunia termasuk negara kita yang masih membenarkan had mengundi pada usia 21 tahun dimana kebanyakannya negara yang mempunyai taraf kemunduran yang jauh kurang dari kita. Kata beliau, negara kita sepatutnya bermain di liga yang lebih tinggi.
- Mahasiswa mempunyai kematangan yang sepatutnya dalam berpolitik. Jika kematangan menjadi ukuran, dimana seharusnya garis kematangan itu dicapai. Kata beliau, belum tentu dirinya dan pengacara mancapai taraf kematangan seperti semua khalayak maksudkan.
Tuesday, November 9, 2010
Timbalan Menteri Dan AUKU
Program 'Kerusi Panas' Bernama Radio 24 semalam (9/11/2010) berkisar kepada AUKU dan kematangan mahasiswa dalam berpolitik. Beberapa kenyataan menarik dari tetamu undangan iaitu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifudin Abdullah ketika ditemubual oleh Zulkifli Bujang, di antaranya:-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment