Wednesday, December 23, 2009

Hok Sengoti

Puisi Kelantan dengan terjemahan bahasa baku untuk renugan.

HOK SENGOTI
KEBENARAN

Lim Swee Tim dari antologi puisi beliau 'Citra Kurnia'

Laghe tok serupo denge suroh,
Larang tak sama dengan suruh

Hok comey bakpo duk pakat kato hudoh,
Yang cantik kenapa pakat cakap hodoh??

Saye sohh doh laeng denge beci,
Sayang semamangnya sah lain dari benci

Jerok mamey tok serupo denge jerok celagi.
Jeruk daun kemamey tak sama ngan jeruk celagi/tamarin

Takot.. ado keno mengeno denge ketar gegar,
Takut… ada kaitan ngan gugup

Serupo dahago ado sabit denge lapar,
Sama jugak ngan dahaga ada kaitan ngan lapar

Ngiga sebenarnyo ada sabit denge kemama,
Mimpi sebenarnya ada kaitan ngan mamai

Selok tak dok bezo denge tok kaba.
Koma tak de beza ngan tak sedar diri

Sapo kato buluh tu galoh,
Siapa kata buluh itu galah??

Sapo kato tekeng tu tok bekekoh,
Sapa kata bertekak itu bukannya bergaduh??

Naka laeng sikit denge jahat,
Nakal lain sikit denan jahat

Dawa pun oghe duk pangge krawak.
Dawai pun ada yang panggil Kerawat

Kalu tunggo tok serupo turuh pagar,
Kalau tunggul kayu tak sama nga tiang pagar

Sengotilah tolo tok srupo denge panda,
Maka benarlah tolol tak sama ngan pandai

Lagu mana gadoh, belah tu jugoklah lorat,
Macam tu lah jugak dgn bergegas sama je ngan nak cepat

Toksohlah wak loloq tok kena hok mano dakak hok mano krabak.
Jgn nak tipulah kalau tak tahu yang mana dakap, yang mana peluk

Demey tok keboh bezo denge leloh,
Demam tak sembuh2 berbeza dgn lelah

Senyung semeweh tok serupo denge sengeh,
senyum simpul tak sama dengan sengih

Baling tu laen denge kipah angin,
Kipas (kat kincir angin) tak sama ngan kipas angin

Bereng.. abe sikit jah pado kerah keng.
Poyo tu atas sikit dari berlagak

Kito tok leh wak tok tetu kalu,
Kita tak boleh nak buat sembarangan

Oghe serabuk ngeleh kito tok tahu,
Org menyampah melihat, kta wat x tau

Kito duk ralit berembah badi cah keting,
Kita sibuk berkelahi menjatuhkan sesama sendiri

Oghe laeng gi seruh-serah.. Kito duk pakat reboh teguling.
Orang lain semua dah maju, kita masih duk di takuk lama

Ulat kekek jange wi tuka denge ulat belucah,
Ulat bubuk jangan samakan dengan ulat beluncas

Jale bejeket jange kato srupo denge hungga derah,
Jalan pelan jgn samakan dengan berlari laju

Kalu karak buleh lagi kito peteri,
Kalau berkarat buleh kita paterikan

Hok gelonggong lagu mano pakat kato tokleh nok isi?
Yang berlubang jgn nafikan boleh ditampal

Payoh sengoti nok bekecek nok bekiro
Susah betullah nak berunding

Culah lagu laeng tok srupo denge celiko
Lolos tak sama ngan licik

Payoh jugk nok bezo mano lakoney mano sandiwaro
Susah jugak nak bezakan antara lakonan ngan sandiwara

Hok sengotinyo, manih leting tu belung tetu ibu gulo!
Kebenaranya… yang manis menggula BELUM TENTU itu ibu gula…

Wednesday, November 25, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
10 ZULHIJJAH 1426 HIJRAH


'KITA TIDAK MERANCANG UNTUK GAGAL, TAPI GAGAL UNTUK MERANCANG'




Wednesday, November 11, 2009

Asshole & Shit





Hmmmmm..... terfikir dan memikir....

Penyokong Bola Sepak Kelantan

'Gomo Kelate Gomo'... itulah sepanduk yang sentiasa dilaungkan oleh penyokong bolasepak Kelantan. Imlan Abadi dari Berita Harian menulis bahawa istilah 'gomo' dalam loghat Kelantan bermaksud lawan, belasah, pukul habis, tendang, cekik, terajang, tumbuk dan apa saja yang memberi isyarat tindakan kasar dan liar. Katanya lagi itulah kesudahan perlawanan dengan adanya mercun yang meletup, kerusi dibakar dan botol dibaling ke tengah padang.

Menurutnya, kajian John Locke pada abad ke-17 amat jelas menghuraikan doktrin perlambangan yang wujud betapa setiap ungkapan dan penulisan mempunyai isyarat tersendiri. Ilmu perlambangan turut mendapat reaksi baik daripada ahli linguistik Eropah, Ferdinand de Saussure dan ahli falsafah Amerika pada abad ke-19, Charles Sander Pierce yang mengakui tingkah laku dan warna juga boleh memberi isyarat tertentu.

Justeru itu katanya, slogan 'Gomo Klate Gomo' bukan sekadar perlambangan mercun dibakar, botol terbang ke padang bola dan kerusi dibakar, malah ia lambang kerakusan manusia moden dalam mengejar nafsu.

Kerugian yang ditanggung oleh Stadium Nasional Bukit Jalil gara-gara tindakan liar penyokong bola sepak Kelantan ketika perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu adalah berjumlah RM214,000 menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang membabitkan kerosakan itu membabitkan 224 kerusi yang menyebabkan kerugian berjumlah RM112,000, tiga laluan trek yang membabitkan belanja RM60,000 serta pintu pagar untuk Orang Kurang Upaya (OKU), pintu pagar dan tandas. Kata beliau "Kita nak ingatkan kepada penyokong duit yang digunakan membina Stadium Nasional adalah duit rakyat juga. Kalau kita kena baiki, duit ini datangnya daripada duit rakyat".

Bagaimanapun, Ahmad Shabery tidak menafikan kehadiran penyokong Kelantan ke Stadium Nasional adalah sesuatu yang 'menakjubkan' dan berjaya menimbulkan kembali keghairahan orang ramai terhadap sukan bola sepak negara. "Tahniah kepada penyokong Kelantan yang memberi suasana atau pengisian baru dalam arena bola sepak negara dan menimbulkan kembali keghairahan orang ramai terhadap bola sepak negara," katanya.

Banyak juga ulasan dan alasan yang dilontarkan oleh pengulas samada yang bertauliah atau tidak - faktor hujan lebat yang menjadi titik tolak kerosakan pintu pagar stadium kerana penyokong yang datang awal tiada tempat berteduh, tiada pemeriksaan keselamatan kepada beg-beg yang dibawa menyebabkan mercun, botol air dsb lolos.

Ayuh rakyat Kelantan... kita bangkit dari dimalukan dan dianaktiri begini. Rakyat Kelantan adalah rakyat Malaysia yang dicemburui oleh segenap rakyat negeri lain dalam Malaysia. Rakyat Kelantan adalah contoh tokoh-tokoh agama yang cemerlang, bussinessman yang berjaya, penjawat awam yang patuh dan rajin dalam semua kementerian, pekerja-pekerja yang rajin dan berdedikasi dalam sektor swasta.... anggaplah anda adalah ikon bagi rakyat Malaysia yang berjaya.

Ayuh rakyat Kelantan... berilah bimbingan kepada golongan yang kurang terbuka fikirannya dari melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah rakyat Kelantan. Bukannya hebat jika menjadi penyokong yang memprovok pemain dan penyokong lain dengan perkataan 'chah keting', 'gocoh', 'bodo', 'nate beruk', 'nate babi' dll.

Kita ada agenda yang lebih besar dari ini..... ayuh bangkit dan kuasai dunia ini.... ditekan rakyat Kelantan semakin kuat dan hebat...

p/s: sebab tu la saya suka tengok tennis, penonton hanya tepuk dan bersorak bila pemain dapat mata je.... he..he..

Friday, November 6, 2009

Piala Malaysia 2009


KELANTAN LAWAN NEGERI SEMBILAN

Kelantan layak ke final Piala Malaysia 2009 selepas 39 tahun tanpa kelibat. Dengar khabar tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini telah pun habis dijual. Sebanyak 85,000 keping tiket dengan Kelantan telah menempah 30,000 keping manakala 20,000 telah ditempah Negeri Sembilan.
Tahniah 'Wira Merah' moga membawa pulang piala kebanggaan tersebut ke negeri Serambi Mekah. Inilah masanya.... Bermain dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi... Hindarkan emosi dan sentiasa fokus. Pasukan dan penyokong Kelantan memang unik.
GOMO KELATE GOMO....

Friday, October 30, 2009

Mutiara Kata-Kata

Tell a man there are 300 billion stars in the universe and he'll believe you.
Tell him a bench has wet paint on it and he'll have to touch to be sure.

When you see light at the end of the tunnel, the tunnel will cave in.

You will always find something in the last place you look.

The primary function of the design engineer is to make things difficult for the fabricator and imposibble for the serviceman.

If your attack is going really well, it's an ambush.

If everything seems to be going well, you have obviously overlooked something.

Great ideas are never remembered and dumb statements are never forgotten.

Wednesday, October 28, 2009

NATRAH

Ketika dalam perjalanan membayar bil penyelenggaraan rumah sewa di KD kelmarin, stesen radio berita dan bicara Radio24 sedang menemubual melalui telefon aktres Sofia Jane yang akan membawa watak Natrah pada usia 70 tahun iaitu ketika tahun-tahun terakhir sebelum kematiannya pada Julai lalu.

Apa yang menarik dan menginsafi dalam temubual tersebut bagaimana Sofia menyebut tentang siapalah kita untuk mencaci dan mencerca Natrah yang dikatakan telah murtad sekembalinya ke Belanda. Ia juga tentang kisah bagaimana Natrah meneruskan kehidupan dengan dibayangi oleh kisah-kisah lampau dan dikelilingi oleh agenda-agenda pihak tertentu di sana.

Sebagai hamba Allah biasa, kita tidak tahu apa tersimpan dan tersirat dihati setiap manusia. Ianya menginsafi perlunya kita hidup dalam jemaah... serigala tidak menjerat kambing sekawan tapi menjerat kambing tersesat. TAKBIRR!!!!


Disertakan sinopsis Teater Natrah yang disedut dari Laman Istana Budaya.



Tajuk: Teater Natrah



Tempat : Panggung Sari
Tarikh : 30 November - 9 Disember



Sinopsis :
Teater Natrah memaparkan rentetan kehidupan Nadra Maarof, atau nama Belanda Bertha Heartogh. Beliau adalah wanita keturunan Belanda yang dipelihara oleh Che Aminah Mohamad. Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Konflik percintaan antara Natrah dan Mansoor Adabi yang menyebabkan terjadi rusuhan di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit. Pada 9 Julai 2009, beliau meninggal dunia pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda akibat leukemia.

Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louisenya kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun dan Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.

Konflik agama dan isu penjagaan yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura. Ikutilah kesudahannya!




Tiket : RM30, RM50, RM70, RM100 & RM150

Sunday, October 25, 2009

Liverpool 2 - ManU 0

25/10/2009

Perlawanan sukar bagi anak buah Sir Alex. Melawan singa yang cedera akibat kalah 4 perlawanan berturut-turut bukanlah cara yang sesuai untuk memanjangkan angka kemenangan 12 kali berturut-turut dalam semua pertandingan.

Pengadil sekali lagi menjadi faktor penentu perlawanan. Keputusan pengadil A Marriner agak kontroversi - Jamie Carragher membentes M. Carrick dalam kotak penalti, Carragher menjatuhkan Owen dan lain-lain mengundang persoalan. Adakah ini respon terhadap Sir Alex yang melebelkan pengadil Alan Wiley 'unfit' sebelum ini.

Namun begitu tahniah untuk Liverpool yang bangkit kembali kelandasan dan mempamirkan corak permainan yang bermutu walaupun tanpa Steven Gerrard. Torres sekali lagi menjadi duri dalam daging dengan kepantasannya walaupun hanya 80% cergas.

Dengan beberapa perlawanan yang kurang meyakinkan, Sir Alex dan MU semestinya akan mendapatkan penyerang profilik dan perancang. Walaupun Giggs dan Scholes masih boleh diharapkan namun faktor usia akan membataskan kemampuan mereka.

Sunday, October 11, 2009

Salam Pengenalan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ruangan ini untuk berjinak-jinak dengan luahan dan bicara sebagai insan dan hamba Allah yang hidup dipentasNya. Moga diberi istiqomah dalam menayangkan maksud yang tersirat dihati dan akal fikiran.

Saya harap dapat menulis dalam semua aspek dengan ilmu yang serba cetek ini.